CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 14, 2009

kiamat sudah dekat

Semalam aku belek metro pasal maksiat, ari ni pasal maksiat...apa nak jadilah kat dunia sekarang..dah kembali ke zaman jahiliah balik..buat maksiat secara berleluasa macam tak mau mati.Nafsu dah berjaya kuasai manusia kerana manusia menurut kehendak nafsu n pada masa yang sama syaitan dah tersengih sampai telinga sebab dah dapat create pengikut yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Wanita dianugerahkan Allah dengan 1 akal dan 9 nafsu.Tetapi sayang kerana kaum hawa menggunakan akal mereka tuk create satu kehidupan yang berlandaskan nafsu semata-mata.Mereka guna akal mereka tuk mengumpan kaum adam dengan nafsu seks untuk teruskan hidup sementara kaum adam yang dikurniakan Allah 1 nafsu dan 9 akal pula menjadikan nafsu raja ke atas diri mereka.Kan bertemu buku dengan ruas..mereka silap guna keistimewaan tu..alangkah ruginya manusia ni..nauzubillah. Ada disebut dalam al-quran surah pa ntah lupa lak yang berbunyai lebih kurang macam ni la setan cakap.
" aku xsuruh korang ikut aku..korang yang merugikan diri sendiri.."
Tengok setan sendiri cakap macam tu...tak rasa ker kita kene tipu kat setan..merugikan diri kita sendiri..sekarang bukak mata luas2, pikir balik dan dah leh start risau dah..kiamat sudah dekat.

Wednesday, October 7, 2009

Hebatnya Wanita...

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga,
suami dan anak-2
Rugi dan binsalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan
Membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana
isteri anda,
sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah
dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu
itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati
syahid
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedari.
Bila dia
lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak
masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia
bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada
kamu(lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat
dengan hati lelaki untuk disayangi.
Dikutip dr :Neun

Friday, October 2, 2009

Hadis Nabi untuk wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.


Rujukan: Fs Noor Asma Mohamad

Thursday, September 17, 2009

Sayunya ni last ramadhan kat usm....huhuhu

Huh penat la packing barang nak balik raya...dahla balik last sekali...tapi yang datang balik orang first sekali...besala sayang kat usm kan..kat cahaya gemilang..kat toilet no 4 aras 4...hehehe..lawak jer..actually xda tiket..dari dtg lewat, bek aku tersilap awal..aku sangat3 sedih sebab dah 2 kali aku terlepas kelas dr amat...bencinyer...bencinyer...aku benci dgn diri aku..lupakan pasal tu yang penting skan balik kampung, gather ngan adik beradik aku yang ramai, mak ayah, sepupu2, saudara-mara aku yang sangat2 ramai..time raya sangat meriah..TApi janganlah terlalu meriah dan bergembira...ingatlah masih ada orang yang bersedih time tu..Alhamdulillah kita bukan dalam kalangan mereka itu.Lamanya xjumpa pendekar-pendekar kat umah..rindunya nak jumpa depa..semoga perjalanan selamat nanti...amin ya rabbal alamin.eddy aku mesti dah boleh berjalan..tapi aku tak sempat sahur kat umah..berbuka sempatla kot tu pun hari akhir ramadhan..Aku rindukan terawih kat lobi..best sangat2..nak tinggal pon sangat sayang..Ada ketika aku berbuka kat masjid, time terawih aku balik cg semata-mata nak solat terawih kat cg..entah kenapala aku ni...tapi nak buat camner hati xtenang dan lau solat kat masjid xleh nak fokus lak..Malam 10 terakhir adalah solat terawih yang sangat syahdu..amatlah rugi mereka yang xterbuka hatinya tuk join terawih kat lobi..Alhamdulillah aku adalah insan yang terpilih dalam kalangan mereka yang berada di suasana syahdu itu...alhamdulillah wa syukurillah..Ada satu kali malam ke-26 kot aku tertidur selepas maghrib sebab letih sangat run projek...sedar2 dah kul 10..macam nak nangis sangat...rasa menyesal sangat..nak marah kat rumate pon ada sebab xkejut..tapi maybe ada hikamah aku xterpilih time tu..aku tension sangat..aku g basuh baju n mandi balik..Time jemur baju..ina baru balik dari terawih..dia kata malam tu malam last terwih..lagilah aku sedih tambah menyesal..rasa macam gelap..Tapi malam esoknya ina p ketuk bilik aku katanya ada terawih,aku tertidur time tu..rumate aku puas kejut aku...seb bek aku terjaga..dalam mamai g amik kain solat ngan sejadah lupa nak pakai sarung kaki..huhuhuhu...Puas tutup aku masa nak nek atas lobi..rasa macam bersalah giler.. gara2 nak cepat..amik ko..seb bek laki xramai..Malam tu aku xleh amik air la sebab malu xpakai sarung kaki..rugi la air teh tu sedap dahla free....Okla times up..nak sambung packing lak...hehehehe.Doakan mereka-mereka yang balik hari ni selamat sampai ke destinasi masing-masing...amin.Selamat Hari Raya maaf zahir batin...salam aidilfitri buat mereka yang sudi baca blog aku...rasanya macam xda..hehehee

Monday, September 14, 2009

Menantikan malam 1000 malam..










"Shalat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari shalat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar."

Keutamaan Lailatul Qadar
Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa versi pendapat. Ada yang mengatakan bahwa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak karena ketika itu banyak malaikat turun ke dunia. Ada pula yang mengatakan bahwa malam tersebut adalah malam penetapan takdir. Selain itu, ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar dinamakan demikian karena pada malam tersebut turun kitab yang mulia, turun rahmat dan turun malaikat yang mulia.Semua makna lailatul qadar yang sudah disebutkan ini adalah benar.

Adapun keutamaan lailatul qadar adalah:

Pertama, lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkahan (bertambahnya kebaikan). Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ , فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan: 3-4). Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. Al Qadar: 1)
Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya,

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ , تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ , سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar: 3-5). Sebagaimana kata Abu Hurairah, malaikat akan turun pada malam lailatul qadar dengan jumlah tak terhingga. Malaikat akan turun membawa kebaikan dan keberkahan sampai terbitnya waktu fajar.

Kedua, lailatul qadar lebih baik dari 1000 bulan. An Nakho’i mengatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.”Mujahid dan Qotadah berpendapat bahwa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah shalat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari shalat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar.

Ketiga, menghidupkan malam lailatul qadar dengan shalat akan mendapatkan pengampunan dosa. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.

Kapan Lailatul Qadar Terjadi?
Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”
Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.
Lalu kapan tanggal pasti lailatul qadar terjadi? Ibnu Hajar Al Asqolani telah menyebutkan empat puluhan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan oleh beliau adalah lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima, itu semua tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.”
Para ulama mengatakan bahwa hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tanggal pasti terjadinya lailatul qadar adalah agar orang bersemangat untuk mencarinya. Hal ini berbeda jika lailatul qadar sudah ditentukan tanggal pastinya, justru nanti malah orang-orang akan bermalas-malasan.

Do’a di Malam Lailatul Qadar

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita –Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam- sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ « قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى »

Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab,”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”

Tanda Malam Lailatul Qadar

Pertama, udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.”

Kedua, malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

Ketiga, manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

Keempat, matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.

Bagaimana Seorang Muslim Menghidupkan Malam Lailatul Qadar?

Lailatul qadar adalah malam yang penuh berkah. Barangsiapa yang terluput dari lailatul qadar, maka dia telah terluput dari seluruh kebaikan. Sungguh merugi seseorang yang luput dari malam tersebut. Seharusnya setiap muslim mengecamkan baik-baik sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

فِيهِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

Di bulan Ramadhan ini terdapat lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan.
Oleh karena itu, sudah sepantasnya seorang muslim lebih giat beribadah ketika itu dengan dasar iman dan tamak akan pahala melimpah di sisi Allah. Seharusnya dia dapat mencontoh Nabinya yang giat ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. ‘Aisyah menceritakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.”
Seharusnya setiap muslim dapat memperbanyak ibadahnya ketika itu, menjauhi istri-istrinya dari berjima’ dan membangunkan keluarga untuk melakukan ketaatan pada malam tersebut. ‘Aisyah mengatakan,

كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.”

Sufyan Ats Tsauri mengatakan, “Aku sangat senang jika memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan untuk bertahajud di malam hari dan giat ibadah pada malam-malam tersebut.” Sufyan pun mengajak keluarga dan anak-anaknya untuk melaksanakan shalat jika mereka mampu.
Adapun yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam lailatul qadar adalah menghidupkan mayoritas malam dengan ibadah dan bukan seluruh malam, Pendapat ini dipilih oleh sebagian ulama Syafi’iyah. Menghidupkan malam lailatul qadar pun bukan hanya dengan shalat, bisa pula dengan dzikir dan tilawah Al Qur’an. Namun amalan shalat lebih utama dari amalan lainnya di malam lailatul qadar berdasarkan hadits, “Barangsiapa melaksanakan shalat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.

Bagaimana Wanita Haidh Menghidupkan Malam Lailatul Qadar?

Juwaibir pernah mengatakan bahwa dia pernah bertanya pada Adh Dhohak, “Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya dalam keadaan berdzikir), apakah mereka bisa mendapatkan bagian dari lailatul qadar?” Adh Dhohak pun menjawab, “Iya, mereka tetap bisa mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.”


Beri’tikaf Demi Menanti Lailatul Qadar

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sampai Allah mewafatkan beliau. Inilah penuturan ‘Aisyah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan malam lailatul qadar, untuk menghilangkan dari segala kesibukan dunia, sehingga mudah bermunajat dengan Rabbnya, banyak berdo’a dan banyak berdzikir ketika itu.

Beberapa hal yang bisa diperhatikan ketika ingin beri’tikaf.

Pertama, i’tikaf harus dilakukan di masjid dan boleh di masjid mana saja.
I’tikaf disyari’atkan dilaksanakan di masjid berdasarkan firman Allah Ta’ala,

وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ

(Tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid”(QS. Al Baqarah: 187). Demikian juga dikarenakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu juga istri-istri beliau melakukannya di masjid, dan tidak pernah di rumah sama sekali.

Menurut mayoritas ulama, i’tikaf disyari’atkan di semua masjid karena keumuman firman Allah di atas (yang artinya) “Sedang kamu beri'tikaf dalam masjid”. Adapun hadits marfu’ dari Hudzaifah yang mengatakan, ”Tidak ada i’tikaf kecuali pada tiga masjid yaitu masjidil harom, masjid nabawi dan masjidil aqsho”. Perlu diketahui, hadits ini masih diperselisihkan statusnya, apakah marfu’ (sabda Nabi) atau mauquf (perkataan sahabat).

Kedua, wanita juga boleh beri’tikaf sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
mengizinkan istri beliau untuk beri’tikaf. Namun wanita boleh beri’tikaf di sini harus memenuhi 2 syarat: (1) Diizinkan oleh suami dan (2) Tidak menimbulkan fitnah (masalah bagi laki-laki).

Ketiga, yang membatalkan i’tikaf adalah: (1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i atau tanpa ada kebutuhan yang mubah yang mendesak (misalnya untuk mencari makan, mandi junub , yang hanya bisa dilakukan di luar masjid), (2) Jima’ (bersetubuh) dengan istri berdasarkan Surat Al Baqarah : 187 di atas.

Keempat, hal-hal yang dibolehkan ketika beri’tikaf di antaranya:
(1) Keluar masjid disebabkan ada hajat seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak bisa dilakukan di dalam masjid.
(2) Melakukan hal-hal mubah seperti bercakap-cakap dengan orang lain.
(3) Istri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
(4) Mandi dan berwudhu di masjid.
(5) Membawa kasur untuk tidur di masjid.

Kelima, jika ingin beri’tikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan, maka seorang yang beri’tikaf mulai memasuki masjid setelah shalat Shubuh pada hari ke-21 (sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan keluar setelah shalat shubuh pada hari ‘Idul Fithri menuju lapangan.

Keenam, hendaknya ketika beri’tikaf, sibukkanlah diri dengan melakukan ketaatan seperti berdo’a, dzikir, bershalawat pada Nabi, mengkaji Al Qur’an dan mengkaji hadits. Dan dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

Semoga Allah memudahkan kita menghidupkan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan dengan amalan ketaatan.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com

Thursday, September 10, 2009

Sedarkanlah mata hati...ya insan

Dah lama aku tak update blog ni...tapi xkisah bukan ada orang baca pon..hehehe. masa aku tulis entry dah 20 hari kita menjalankan ibadah puasa. Sekejap jer kita melalui bulan ni..pejam celik pejam celik dah nak habis dah..Beruntunglah bagi mereka-mereka yang mengimarahkan bulan yang sangat mulia ini dengan ibadah-ibadah, amalan-amalan yang sewaktu dengannya. Dan kepada mereka yang hanya berpuasa sahaja tetapi tidak membuat pengisian-pengisian seperti tadarus, solat terawih terutamanya hendaklah sedarkan diri anda bahawa kita maybe xkan melalui bulan ini buat tahun depan..So imarahkanlah bulan ini,bulan kita yang Allah kurniakan buat mereka yang beragama islam.Janganlah setakat berpuasa sahaja sekadar memenuhi tuntutan, bahkan kita leh buat lebih dari itu. Walaupun solat terawih adalah sunat, tetapi pahalanya sangat besar disisi Allah s.w.t. Kita tidak seharusnya mengambil mudah akan amalan-amalan sunat ini. Aku masih ingat, dulu aku hanya berpuasa, aku xsolat terawih malah aku xkenal apa itu terawih..kerana aku tidak pernah diajak ayah ke surau kat kampong tuk terawih.Bagiku solat ini hanya orang-orang tua saja yang wajib melakukankannya. Sempit giler pemikiran aku.Tapi alhamdulillah sekarang aku masih diberi peluang tuk mengenali terawih dan menghayatinya. Allah s.w.t telah membuka mata hati aku untuk menjalankan ibadah ini dan aku sangat3 bersyukur buat saat ini kerana peluang yang kecil ni yang aku harus rebut tuk menggandakan pahala kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita..Tambahan pula bermula hari ini, kita telahpun memasuki 10 malam yang terakhir dimana semua orang menantikan malam lailatulqadar, iaitu malam yang lebih mulai dari seribu malam. Marilah sama2 kita menjadikan 10 malam terakhir ini untuk mendambakan diri buat Allah s.w.t dengan ikhlas, khusyuk dengan melakukan amalan2 sunat...amin

Tuesday, September 1, 2009

AL-FATIHAH......

Malam tadi aku tak tidur gara-gara menyiapkan lab report.Seperti biasa aku menjelajah blog ku lalu menerjah ke Harian Metro, akhbar yang paling aku sukai, yang dekat dengan masyarakat setempat. Aku tergaman, terkejut dan terkedu melihat berita utama tersiar di metro..PASIR PUTEH adalah daerah ku..aku baca lagi..hati aku berdebar-debar.,KAMPUNG JELOR adalah kampungku..Debaranku semakin bertambah..Tajuk laman utama adalah" meninggal di samping ibu"..pilunya kau dengar..aku explore lagi...mataku tertumpu kepada nama wanita yan tertera iaitu Mek Semah.Aku cukup kenal wanita itu..dia adalah besan kepada datuk dan nenekku..iaitu ibu kepada emek saudaraku sebelah emakku..maka disini wujud pertalian darah aku dengannya..hampirnya aku kepadanya..Azli iaitu anak lelakinya amat-amat aku kenal, iaitu kawanku semasa sekolah rendah dahulu...rupanya telah kembali ke rahmatullah semalam..Innalillahiwainnailaihirajiuuun..semoga rohnya diramati Allah s.w.t...amin ya rabbbal alamin. Aku tidak tahu tentang penderitaan yang dialami oleh Azli selama ini...ibu dan ayahku tidak pernah menceritakan apa-apa kepadaku selama ini...aku hanya tahu apabila ajalnya telah tiba...maybe Mek Semah tidak menghebohkan hal ini atau aku yang xamik tahu..Apa-apapun aku berdoa semoga arwah Azli DirahmatiAllah s.w.t. Mailah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya..Al-fatihah.