CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 23, 2009

Tiket perjalanan yang percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Friday, November 20, 2009

Celoteh tentang Jiran-jiranku

Kat Usm ni aku tinggal kat salah sebuah desasiswa dari 7 buah desasiswa iaitu Desasiswa Cahaya Gemilang.Tetapi disebabkan desa cahaya dah di renovatekan untuk buat benda len, sekarang dah dipanggil Desasiswa Gemilang..xkisahla pape pun asalkan aku dapat berteduh dan dapat memenuhi keperluan sendiri dengan selesa dan bahagia...kat Desasiswa Gemilang ni ..ala panggil Cg je la..kat CG ni aku duk kat 'on da top level' (aras 4) yang paling dekat dengan bumbung orang kata..hehehehhe.Aras ni banyak keistimewaan..ada beranda yang nyaman, toilet pun bersih ada surau, n ada jiran-jiran yang baik ..hehehe nanti aku citer pasal jiran-jiranku..heehehehehhehe.Aku ni dahla duk tengah-tengah biliknya, strategik gitu..tu la walaupun aku leh pilih bilik sendiri masa join mpd dulu, aku pilih yang sama jugak.(.bilik sama, rumate yang sama, environment yang sama).
Besela...kita ni susah nak lupakan bilik lama lagipon lau tukar bilik aku rindu kat toilet aras 4 lak..selesa giler...sebab aku perhatikan toilet aras 1,2,3 ada yang xselesa, ada jer yang rosak..Lagipun dari aras aku leh tengok bunga api berdentam dentum..dari meja study..oklah nak citer pasal jiran-jiran aku lak...kat bawah ni aku nak mention sikit pasal diorang..jom kita berceloteh bukan mengumpat tau..

Fairuz
Aku kenal dia melalui Kak Wahid, jiran sebelah bilikku(bilik 426).Tu pun kitaorang jumpa kat surau..nak ketawa ketemu time tu...aku ni pemalu masa tu..besela xkenal lagi.kitaorang buat usrah..bestla.Ada hikmah kenapa Fairuz kene extend sebenarnya..salah satunya untuk memberi peluang kepadaku mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi.Esok fairuz dah nak balik n maybe mengambil masa yang lama tuk balik uSm..sayang Fairuz..terima kasih kerana sudi membahagiakan imie..Imi akan mengingati saat kita menghabiskan masa bersama-sama..banyak Fairuz ajor imie tentang kehidupan.Imie akan cuba mencari identiti diri ini..Terima kasih Allah kerana Engkaulah yang merapatkan dua hati ini..semoga Fairuz sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati sepanjang hidupnya..amin ya rabbal alamin.

Elin
Aku xingat bila aku mula kenal si Elin ni..tetapi mengenalinya adalah satu kebahagian buatku..Si Elin ni extend setahun..dia akan graduate sama ngan aku..hehehehe..nanti bagi bunga kat adik ni.Si Elin xda rumate sejak Idah, rumatenya dahulu habis belajar tahun lepas. Masa time exam , bilik Elin la tempat aku study lau aku boring duk dalam bilik aku..Terima kasih Elin sebab bagi pinjam katil untukku siap ngan cadar agi..CIk Elin ini ada kawan namanya LIza..Liza pun kawan aku gak..Tapi Liza dah habis sem ni sama ngan Fairuz..huhuhuhu.Semoga Liza pon akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan-Nya. Lupa Elin bagi pinjam meje study gak..hehehehhe..SEmoga result kita sem ni gempak..amin

Shida n Nina
Diorang duk sebelah bilik aku(428) ...diorang rumate..terima kasih kat korang sebab sudi meluangkan masa dengan kak Imie joging round USm..xsangka korang pon suka joging..best la lau nak joging leh ajak korang, xla sorang jer.Semoga sem depan, kita kan bertambah rapat..amin.

Diana
Diana ni baru sem ni jer dia duk aras 4 sebab sebelum ni dia duk desa Cahaya.Aku leh bertegur dengan dia sebab aku yang selalu duk tegur dia lau nak g tandas, nak g makan....lama2 jadi biasa .Lau kuar dari bilik, nampak jer Diana, macam wajib kene tegur sebab lau xtegur rasa macam len jer biarpun setakat 'Hai jer'. Tapi best gak kenal ngan dia..Dia peramah..Diana jiranku semoga sentiasa bahagia.

Nana
Nana ni orang sarawak..aku rapat ngan dia sebab main tegur-tegur jer..tu la orang cakap xsemestinya kene kawan dulu baru leh rapat..tapi lau kita cakap 'Hai' setiap hari pon leh merapatkan ukhwah ini. Suka kawan ngan Nana..Masa nak tunggu paper, dia jamu aku dengan Pengat Durian..macam tau2 aku mengidam pengat durian..Tu la Allah bagi instinct kat hati- hati kitaorang..Nana ni tamat belajar sama ngan aku...semoga sentiasa hepi..

Okla aku dah penat..jirannya ramai ..penat nak citer satu-satu...aku citer pasal mereka yang agak rapat ngan aku...Semoga Ukhwah yang kami bina berkekalan sepanjang hayat.

Thursday, November 19, 2009

Titik akhir examku

Alhamdulillah tepat jam 4.45 petang tadi, aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan hati yang tak ada perasaan, memang aku mengaku tadi paper last aku agak mencabar tetapi mungkin rasa 'bebas' lebih menguasai jiwa ini.Lega kerana aku selamat menempuhi' exam war' yang akan berakhir esok. Semalam aku agak blur kerana aku diberikan ujian dua paper hari ini.Walaupun gap yang diberikan agak lama, tetapi aku tak rasa itu tak bagus untuk aku kerana aku tak tahu nak manage masa..mana nak baca dulu, mana nak sentuh dulu. Selain itu, aku merasakan diri ini cukup terseksa menantikan paper.Tetapi maybe ini yang terbaik buat aku..harap sangat result sem ni gempak..mintak sangat3 dimurahkan rezeki. Tepat jam 8.10 pagi tadi aku melangkahkan kaki menuju keluar dari bilik 427.Aku ingin melepaskan cebisan nota yang terakhir tetapi mengapa aku merasakan aku belum cukup lagi, rasa macam ada something aku kena baca n ingat..aku terbawaklah nota dan nasib baik aku terlebih awal sampai kat sana, boleh selak sikit lagi nota tu, aku baca la sikit..Hana meluru ke arahku dan kami bersama2 menuju kedalam dewan peperiksaan B dengan hati yang berserah dan tawakal. Sebaik mendapat soalan KAT 241, aku terus menyelak helaian demi helaian ...Ya Allah apa yang aku baca semalam dan sebelum masuk exam tadi selamat menghamburkan diri mereka kedalam paper itu. Aku tersengih sambil mengingat pa yang aku review tadi..ingat leh habis awal tadi tapi on time gak..cukup terkilan sebab ingat nak sambung baca minor tapi macam xhabis jer..xpala seb bek minor tu objektif, lau x naya aku dibuatnya. Aku tiba di bilik tepat jam 12.15 pm..aku meneliti handphone..tertera 2 message dan satu call..dari adikku. Ada berita gembira..alhamdulillah adikku berjaya jugak mengubat hati parent aku dengan mendapat 5A dalam UPSR..maybe rasa sakit parent sedikit terubat dengan kejayaan ini.Aku tumpang gembira buat adikku..syabas nora...nanti kak mi tunaikan janji hari tu (sutir A bernilai 10 ringgit), so melayang duit aku 50 rggit..Tinggal adikku yang PMR n matrik.Rabu ni result matrik..semoga Allah menurunkan nikmat-Nya lagi ke atas adikku...amin.Tinggal lu pasal ni..kita go on citer aku abih exam tadi..kul 2 nanti paper minor, aku xsempat habiskan 4 bab..banyak nyer..tawakal jer..bukan xusaha..tapi xsempat nak habiskan usaha tu..heheheehe. Hari ini aku catat sejarah kuar awal exam..wow lebih awal dari cik fairuz tu..heheheee..dengan hati yang xda feel..tapi cukup lega. Kami jalan -jalan kat tasik melayan perasaan ...Fairuz pula akan menghabiskan sisa-sisa kehidupan di USM beberapa hari lagi...tengoklah nanti aku lak yang akan menyusul..huhuhuhu..cayang USM..kuaw3.

Tuesday, November 3, 2009

selamat ulang tahun sayang..


Engkaulah penyeri hidupku..sudah besar ko sayang..hari ini sudah setahun ko sayang..aku rindu bangat padamu..semalam ku terima sms ayang sudah boleh jalan..cepatnya masa berlari .xsabar untukku memelukmu n menkucupmu sepuas hati..jikalau diberikan peluang, aku ingin mendapatkan sepuluh lagi adik sepertimu...muahhhhhh