
Orang cakap bila kita dekat ngan jodoh kita, hati kita akan berdegup kencang...kalau macam tu banyaklah jodoh aku...confius aku....aku dengan mana-mana kaum adam yang aku baru kenal mulalah aku gelabah...hati pun berdegup kencang...aku xtaula samaada andaian tu betul ker x?...wallahuallam.Tapi aku yakin Allah dah tetapkan jodoh kita..xyahla risau ek...kita cuma perlu berdoa semoga jodoh kita dipanjangkan doa dan dijodohkan dengan mereka yang sentiasa mendambakan cinta kepada Allah...betul x?? Tepuk dada tanyalah iman masing2...Tapi sekarang semua orang dah copkan jodoh masing2..Ada jugak yang kawen, lepas tu cerai...kawen lak...cerai lak...xpenat ker..tu namanya belum jumpa jodoh yang betul...Jom kita sama2 doakan semoga kita akan mendapat pasangan hidup yang betul dan sepadan untuk menjadi suri hidup kita di hayat ini...amin
Thursday, June 18, 2009
Dup! dap!dup !dap!
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, June 18, 2009 0 comments
Nak lawan..jom satu vs satu...

Apalah politik sekarang ni??Apa nak jadi!apa nak jadi!...aku xsuka politik..sebab tu xsuka sangat baca utusan.Sekadar nak tahu perkembangan jer bukannya fanatik sangat...
Bukannya apa...sekarang macam2 hal berlaku....saling membidas...xdapat capai keserasian bersama..lawan mulut dengan mulut xpower la...jom masuk gelanggang..baru adil.betul tak??Actually kita sebagai pemimpin kena jadi role model kat rakyat bukannya jadi bahan kutukan rakyat sebab sikap kita...ntah pape la...apa nak jadi, sampai sekarang xmatang lagi!! Kalau duk bincang dari hati ke hati..apa susah..ada yang menyampaikan dan ada yang mendengar...bukan dua2 pihak nak menyampaikan...xda yang mendengar susah gak...
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, June 18, 2009 0 comments
Terasa Hati.........

Hati....satu words yang anda cukup biasa...ianya sekeping daging yang teramat sensitif.
Saya bukan cakap pasal hati ayam yang korang makan kat kafe tuuuu...tapi hati makhluk Allah yang amat unik dan kompleks iaitu manusia... Daging ini bisa dilukai oleh kata-kata tanpa menggunakan benda yang tajam macam pisau..pedang dan sebagainya tapi kalau pembunuhan tu lain ceritanya...Kat sini saya nak tekankan mengenai kata-kata yang tajam yang bisa mencederakan hati sesama manusia...Bak kata pepatah..sebab mulut(kata-kata) badan yang binasa.Actually hati manusia kita tak tahu apa yang diorang rasa sebab tempatnya kat dalam..lau kat luar, leh tengok..Lau benda dalam2 ni...susah sikit nak tahu..
Sakit hati??Terasa hati?? sama x korang rasa?? x kan...ada bezanya...
aku ada satu cerita mengenaipenyakit hati ni....nak share ngan korang...
A dan B adalah dua orang yang bersahabat baik gak.A ni sikapnya cakap xpakai saman.B pulak terlalu ingin menjaga hati A...apa2 yang A cakap,B hanya mengiyakan saja. Suatu hari A bercakap mengenai hal yang sensitif membuatkan hati Si B terusik...dan tercedera sikit.Bagi A benda tu gurauan tapi bagi B benda tu sangat sensitif.A tidak tahu apa yang B rasa.So B mula menjauhkan diri dari A dan rasa sangat menyampah sampai nak tgk muka A pun xmahu dan meluat...tengoklah tajamnya kata2 sampai boleh sampai kat hati yang kecil tuuuuuuuuu...Oleh itu sebelum bercakap fikir dulu...jgn main cakap jer...sekali orang terasa kita tak tau...benda ni cukup serius..sebab ia akn membiak mencipta benci dan seterusnya dendam..kita kene ingat adakalanya xsemua orang besar hati dia besar...maybe hati dia jauh lebih kecil dari kita...Mungkin walaupun kita memohon maaf...benda tu masih ada parutnya...Oleh yang demikian mencegah lebih baik dari merawat...Wallahuallam. Jangan biarkan orang membenci kita dalam diam-diam kerana kita takkan tahu apa yang akan berlaku kepada kita sesaat selepas ini.Maybe kita perlukan dia..Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berusaha untuk menggoda hati cucu-cucu Adam.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, June 18, 2009 0 comments
Rejab datang lagi.....

Bulan rejab ini Allah yang punya...Syaaban Nabi kita punya...Bulan kita lak bulan ramadhan..Insyaallah kita akan sama-sama meraikan bulan Allah ini...xlama dah seminggu lagi dah...Kita boleh tambah pahala disamping mendekatkan diri kepada Allah melalui puuasa-puasa sunat dan amalan2 sunat yang lain.Diantara kelebihan atau fadhilat2 bulan Allah adalah:
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Sama-samalah kita raikan bulan Allah ini...amin ya rabbal alamin..
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, June 18, 2009 0 comments
Hari jadi ker??Hari lahir ker??Hari first tgk dunia??
kek kat atas sebenarnya kek sempena first time kawan aku lihat dunia dan dikacau syaitan..kat sini korang panggil hari jadi?? Mana korang tau bila korang jadi..ada jugak yang panggil hari lahir??...sebenarnya korang dah lama lahir sejak alam roh lagi...Kita patut cakap hari pertama melihat dunia..ok tak?? korang setuju x?? Tu pendapat aku la..masing2 ada pendapat masing-masing kan..Pada hari pertama kita melihat dunia kita sudah boleh nampak syaitan tersenyum pada kita....heeeeeee...
sebab tu kita nangis sebab syaitan hodohhhh!! btul x?? itu aku punya pendapat...korang ada pendapat masing2 kan..Sama-samalah kita renungkan...
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, June 18, 2009 0 comments
Wednesday, June 17, 2009
Apa nak jadi.....oil tak muncul lagi...
Alkisahnya bermulalah.....jeng3
aku anta resume kepada dua buah kilang xsilap....tapi pending lak...xda respon.Masa tu takleh nak harap sangat sebab banyak kilang dah nak lingkup...krisis ekonomi melanda katakan...nak buat praktikal camner kalau pekerja yang sedia ada pun diorang buang habis.....aku dah nak give up dah...
Suatu hari masa kat library, aku jumpa kawan aku, kimi yang satu facilitator kat matrik penang dulu....dia cakap tryla apply kat Pusat racun.Aku ajak kawan aku pergi tanya kat sana sebab jaraknya kentut pun boleh dengar....hahahaha...
Risik2 dapatla jumpa pegawai sains sana iaitu Kak julie.Diorang suruh tunggu jawapan lak...ni yang buat aku tension...tapi sabar itu ada hikmahnya.Dalam dekat seminggu kami pergi follow up balik diorang...Rupanya diorang lupa nak anta surat yang diorang dah terima kami.Seb baik datang jenguk..Lau x disana menanti disini menunggu la jawabnya....
Maka bermulalah episod kat pusat racun...hehehehe
Kami 4 orang jer yang buat latihan industri sini...iaitu empat dara pingitan. Ada,Ayu, Finaz dan aku...hehehe..tp ada sorang dari umt iaitu ayu...
First2 memang sangat boring tahap cipan ar....besala xda projek lagi..
tapi bila meeting ngan supervisor kami puan che nin, kami kena ekstrak daun yang anticancer tuk dapat essential oil dan kemudian diuji dengan tikus....kesian tikus kan...mati katak la jawabnya.pada masa yang sama kena surf maklumat la pasal tumbuhan2 yang kami nak ekstrak...huh..abis library kami explore kat usm ni...lib sendut 1, sendut 2...lau da sendut 10 pon kami pergi...hehehehe...penat gak..
ada buat kangkung, ayu lak buat daun nangka, finaz lak buat daun jambu...aku lak cuba teka?? ....aku buat sembangun...tau x daun pa tu...xyah tau xpenting nyer...apa yang penting minyak tuuuu...entahkan dapat entahkan tidak....lau dapat alhamdulillah...lau xdapat adala mana2 silap tu.. la tu...jom tengok apa rentetan seterusnya..
tapi sebelum start projek...kami kena belajar lu basuh2 glassware..nanti senang masa nak buat projek..xyahla susahkan pembantu makmal iaitu ina dan cik ad...selain tu kami kenal la ngan decone 90 iaitu cecair pembersih vial...mana ada school kimia pencuci ni...nak tgk...welcomelah kat PRN...huiii promote lak.. ni da sikit gambar washing kami...
Ni kitaorang tengah sonicate dulu...
Ni lak perkakas untuk steam distillation....
ekstrak punya ekstrak nak dekat 2 minggu lah kot....dapatlah airnya minyak xda lak...besala minyak segan nak kuar....ntah2 kitaorang guna daun jantan kot...haahhaha...nak ngarut la ni..
cuma satu daun jer kuar tu pun sikit jer...iaitu daun jambu...huh..
daun jambu xpemalu minyaknya...ada kekuatan sikit nak berhadapan dengan dedara ni...hehehe...lepas tu kitaorang fokus kat daun jambu jer skan...huhuhu
Ada seminggu lagi kat PRN.....xsabarnya nak balik umah...rindu kat adik2...mummy and daddy.Insyaallah next week boleh balikkkkkkkkkkkk kampung...BYE2 PRN!! hehehe...mesti rindu lak kenangan kat sini...huhuhuhu
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Wednesday, June 17, 2009 0 comments
