CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 1, 2009

AL-FATIHAH......

Malam tadi aku tak tidur gara-gara menyiapkan lab report.Seperti biasa aku menjelajah blog ku lalu menerjah ke Harian Metro, akhbar yang paling aku sukai, yang dekat dengan masyarakat setempat. Aku tergaman, terkejut dan terkedu melihat berita utama tersiar di metro..PASIR PUTEH adalah daerah ku..aku baca lagi..hati aku berdebar-debar.,KAMPUNG JELOR adalah kampungku..Debaranku semakin bertambah..Tajuk laman utama adalah" meninggal di samping ibu"..pilunya kau dengar..aku explore lagi...mataku tertumpu kepada nama wanita yan tertera iaitu Mek Semah.Aku cukup kenal wanita itu..dia adalah besan kepada datuk dan nenekku..iaitu ibu kepada emek saudaraku sebelah emakku..maka disini wujud pertalian darah aku dengannya..hampirnya aku kepadanya..Azli iaitu anak lelakinya amat-amat aku kenal, iaitu kawanku semasa sekolah rendah dahulu...rupanya telah kembali ke rahmatullah semalam..Innalillahiwainnailaihirajiuuun..semoga rohnya diramati Allah s.w.t...amin ya rabbbal alamin. Aku tidak tahu tentang penderitaan yang dialami oleh Azli selama ini...ibu dan ayahku tidak pernah menceritakan apa-apa kepadaku selama ini...aku hanya tahu apabila ajalnya telah tiba...maybe Mek Semah tidak menghebohkan hal ini atau aku yang xamik tahu..Apa-apapun aku berdoa semoga arwah Azli DirahmatiAllah s.w.t. Mailah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya..Al-fatihah.

0 comments: