CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 10, 2009

Sedarkanlah mata hati...ya insan

Dah lama aku tak update blog ni...tapi xkisah bukan ada orang baca pon..hehehe. masa aku tulis entry dah 20 hari kita menjalankan ibadah puasa. Sekejap jer kita melalui bulan ni..pejam celik pejam celik dah nak habis dah..Beruntunglah bagi mereka-mereka yang mengimarahkan bulan yang sangat mulia ini dengan ibadah-ibadah, amalan-amalan yang sewaktu dengannya. Dan kepada mereka yang hanya berpuasa sahaja tetapi tidak membuat pengisian-pengisian seperti tadarus, solat terawih terutamanya hendaklah sedarkan diri anda bahawa kita maybe xkan melalui bulan ini buat tahun depan..So imarahkanlah bulan ini,bulan kita yang Allah kurniakan buat mereka yang beragama islam.Janganlah setakat berpuasa sahaja sekadar memenuhi tuntutan, bahkan kita leh buat lebih dari itu. Walaupun solat terawih adalah sunat, tetapi pahalanya sangat besar disisi Allah s.w.t. Kita tidak seharusnya mengambil mudah akan amalan-amalan sunat ini. Aku masih ingat, dulu aku hanya berpuasa, aku xsolat terawih malah aku xkenal apa itu terawih..kerana aku tidak pernah diajak ayah ke surau kat kampong tuk terawih.Bagiku solat ini hanya orang-orang tua saja yang wajib melakukankannya. Sempit giler pemikiran aku.Tapi alhamdulillah sekarang aku masih diberi peluang tuk mengenali terawih dan menghayatinya. Allah s.w.t telah membuka mata hati aku untuk menjalankan ibadah ini dan aku sangat3 bersyukur buat saat ini kerana peluang yang kecil ni yang aku harus rebut tuk menggandakan pahala kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita..Tambahan pula bermula hari ini, kita telahpun memasuki 10 malam yang terakhir dimana semua orang menantikan malam lailatulqadar, iaitu malam yang lebih mulai dari seribu malam. Marilah sama2 kita menjadikan 10 malam terakhir ini untuk mendambakan diri buat Allah s.w.t dengan ikhlas, khusyuk dengan melakukan amalan2 sunat...amin

0 comments: