CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 21, 2009

Ramadhan menjelma lagi.....

Akhirnya dapat juga aku merasai bulan ramadhan tahun ini..Alhamdulillah aku sangat2 bersyukur sebab masih diberi nafas untuk menjalankan ibadat puasa ini dan diberi juga kesihatan yang baik walaupun sekarang banyak yang terkena H1N1 tetapi aku sangat2 bersyukur kerana Allah S.W.T telah memelihara dan menjaga aku dari wabak bahaya ini..Alhamdulillah sangat2..xsemua orang diberi peluang sama macam aku.Tapi mereka yang terkena wabak ini adalah lebih baik kerana mereka sedang diuji dan setiap ujian itu ada ganjarannya..janganlah risau kerana setiap yang diberi ada pulangannya.Cuma kita yang perlu kuatkan semangat menghadapinya..aplikasikan peribahasa "kalau ada kemahuan kat situ wujudnya jalan" dan "lau nak seribu daya, xmboh seribu dalih"..jangan belajar jer...ni nasihat tuk aku gak. Pada bulan2 macam ni lah kita nak tambah pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t..mengejar rahmat dan keredhaan dari-Nya..amin ya rabbal alamin.Sewaktu aku menulis entry ni, hujan turun bagaikan alam pun turut menyambut kedatangan bulan ramadhan ni..aku harap manusia-manusia pun turut menyambut dengan gembira kerana Allah ciptakan bulan ini untuk kita.Tengok kita pun ada bulan..betapa Allah menghormati kita..Kalau kita xrespect bulan kita..betapa ruginya kita wahai manusia saudara seislamku. Rejab bulan-Nya, syaaban bulan Rasulullah, dan Ramadhan bulan kita.Lepas tu Allah kurniakan Syawal tuk kita lagi.Bersyukurlah kita kepada-Nya bukannya mengeluh kerana terpaksa berlapar dan mengorbankan nafsu makan kita kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.Pasti ada hikmahnya...PASTI!!.

0 comments: