CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 16, 2009

'Cantik' kuatnya auramu....

Semua orang hendak cantik. Demi cantik orang sanggup bergadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli kerana bagi mereka yang penting cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik. Apabila hendak cantik, tentulah bahagian muka yang menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentikkan malah apa sahaja yang boleh diubah asalkan boleh diubah kerana yang penting cantik. Kadangkala kasihan juga kepada mereka yang hendak cantik tetapi tidak cantik-cantik. Selepas dicantikkan, muka tidak juga menjadi cantik.kenapa? Sebabnya kecantikan bukan hanya pada luaran tetapi juga kecantikan dalaman(inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diutamakan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan hingga ke akhirat.Antara tip bercahaya yang memberi kesan kepada kehidupan adalah kesan wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin manusia daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah kerana itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Kes terbaru metro baru-baru ini gara- gara ingin kekalkan kecantikan sanggup mengamalkan saka kerbau balar untuk mengekalkan keremajaan.....huh....apa nak jadi wanita sekarang...macamlah xtua...akhirnya menjerat diri sendiri...Di akhirat nanti kita akan kekal muda...namun syaitan itu amatlah kuat hasutannya...Cantik itu adalah umpan syaitan untuk menjerat kita....sedarlah para wanita...Tidak cukup lagi ker nikmat Tuhan buat kita..Tuhan mencipta kaum hawa dengan segala kebaikan...Sedarlah para hawa....

0 comments: