Semalam aku ada meeting pesta bola jaring...ingat xmau pergi sebab kebetulan ada program "Bicara Siswa" tajuknya "HEP VS PELAJAR" kat Dewan Budaya Usm. Tetapi alhamdulillah nasib menyebelahi aku sebab meeting pbj batal..Aku melompat keriangan sebab dapat pergi program tu..tapi niat aku lain.bukan tuk masuk tv, bukan tuk tengok Dr Fazley tetapi nak tengok cara diorang cakap iaitu wakil2 pelajar dari UPM, USM N UUM. Aku ngan diorang sama jer taraf iaitu sama2 mahasiswa tetapi kenapa diorang boleh bercakap di ratusan ribu penonton dengan tanpa debaran malah boleh berkomunikasi dengan baik..persoalannya dimana aku ketika itu??aku di bahagian belakang memikirkan nasib aku...aku pun mahu jadi macam mereka yang berintelektual, mempunyai soft skill yang bagus...aku sangat dengki dengan mereka...aku nak jadi macam diorang . Aku kene pikir ni apa patut aku buat ??aku sekarang final year??aku mesti keluar dengan soft skill yang mantap, mengeluarkan idea-idea yang bernas.Mereka sunnguh bertuah kerana sudah dapat mencapai tahap yang begitu baik sedangkan aku??dimana silap aku??adakah aku tidak aktif??adakah aku malu?? aku yang silap kerana aku did not take action....aku sedar tapi kenapa aku masih disini??walaupon agak banyak aku sertai program, aku masih tidak begitu mantap??bila aku nak baiki diri aku??bila??bila??jawabla baby??bila?bila? bila nak latih diri ko??jawab imie??malu tu bodoh??malu tu makn diri ko?? ko mesti buat pa yang ko rasa betul bukan kene ada orang lain yang betulkan ko dulu...cermin diri ko??BILA KO NAK BERUBAH HAH??Tepuk dada tanya hati??Kalau ko masih disini...ko la yang akan rugi mie...sedarlah
Wednesday, July 29, 2009
Jelesnya...Hanya Tuhan yang tahu..
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Wednesday, July 29, 2009 0 comments
Sunday, July 26, 2009
Ish!ish!ish! Syaitan Dah berjaya!!Habislah..huhuhu
Aku balik bilik tadi tepat kul 6 petang setelah berhempas pulas menyiapkan lab report..aku mengadap laptop untuk update laptop aku...lama dah xbuka..virus dah buat sarang dah...Alang2 tu aku masuk ke ruangan blog aku..walaupun orang xsuka baca blog aku tetapi aku suka baca apa yang aku tulis kat blog tu..Aku puas dan tenang sebab aku luahkan segalanya kat blog aku.Aku menklik Harian metro menerusi blog aku..dan meneliti tajuk utama hari ini 'Ampun Bang". Tajuknya macam best..aku menjelajah tajuk tu..rupa-rupanya pasal si isteri minta cerai sebab xtahan nak layan seks suami..nampaknya si suami ni melebihkan nafkah batin kat si isteri ni..aku baca lagi..nampaknya si suami ni guna ilmu untuk memuaskan nafsu binatangnya..mcam singa kan lagaknya...ntah2 lebih dari itu..ish3 syaitan dah tersenyum sampai kat telinga dah..sebab dia punya plan dah berjaya..Si suami ni dia ajak syaitan tuk join rasa bini dia sekali..ada ker kongsi bini ngan setan..pelik2. patutlah sampai boleh bersetubuh sampai 17 kali sebab kongsi ngan setan...xpelik...xpelik.Luar biasa keganasannya itu..Yang sangat kesiannya si bini dia. Ye la nak layan si suami yang buas macam singa dan setan keparat tu.. Kesiannya hanya Allah yang tahu betapa sengsaranya menjadi pemuas nafsu binatang dan setan tu. aku sokong si isteri tu..seb bek dia ada akal nak buat camtu...macammana lau dia biar jer??hidup dalam neraka dunia ler jawabnya..Bagi aku benda ni puncanya kurang ilmu agama.Lau tak dia takkan bagi setan rasa hak dia. Dia ingat macho la tu dapat puaskan bini dia berkali2 ganda dari biasa.Boleh blahla si bodoh..bukannya macho tapi bahlol.Tetapi apa2 pun semoga Allah memberi petunjuk kat si bodoh geng setan tu...amin.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, July 26, 2009 0 comments
Begitu senang ker aku dibuli??hah
Susah gak jadi orang yang baik kat semua orang. Kita buat baik, diorang lak yang senang2 amik kesempatan..jahat betul kan manusia ni...bagi betis,nak paha. Lau fikir2, kenapa diorang xfikir sama macam aku fikir??diorang xrasa bersalah ker?Benci betul, meluat, menyampah..sori aku saja nak luah perasaan kat blog..lau2 ada orang sudi kongsi perasaan ngan aku.aku xkisah korang baca x blog aku..aku just puas hati dapat meluahkan apa yang aku rasa..dari aku bagitau orang, bek aku tulis jer apa yang aku rasa sekarang. Aku jenis yang xmau menyusahkan orang selagi aku boleh dan terdaya kudrat ni, aku just go on apa aku nak buat.Aku xmau susahkan orang sikit pon..lainlah kalau sgt3 terdesak..tetapi apa yang aku dapat???hah..apa aku dapat?? aku pulak disusahkan orang..apa salah aku??apa salah imi?apa salah aku? huhuhuhu..aku xminta jadi begini??kenapa semua orang xfaham dan xmau fikir??kenapa semua orang suka amik kesempatan atas kebaikan aku...huhuhuhu..aku sedih..aku sedih..aku sedih dan sedih..korang faham x?korang tau tak? Korang memang xfaham dan xkan faham..nanti bila korang kat tempat aku...rasalah sendiri betapa sakitnya...nak luah perit..nak simpan pedih. Hanya Allah yang tahu...aku hanya mampu mengadu pada-Nya..Ya Allah kuatkanlah hambamu ini...Bahagiakanlah hambamu ini di dunia dan akhirat..amin.Ya Allah pedihnya dugaan mu..Ya Allah, fahamkanlah hamba2 mu yang lain apa yang diorang kena paham dan amik kisah..amin ya rabbal alamin.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, July 26, 2009 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
Kini Ku tahu apa silapku....
Semalam masa aku lepak kat lab sorang2 sambil study, aku tiba2 terfikir kenapa aku selalu fail interview?? Aku tak tahu tiba2 jer aku terfikir benda tu.Maybe Allah nak tunjuk jalan kat aku.Dah lama aku cari jawapannya tetapi still buntu. Kini aku dah dapat jawapannya. masalah xleh cakap english fluently tu lain citer. Ni pasal aku sebenarnya rupa-rupanya nak hilangkan aku punya debaran, aku nak berlagak selamba dan cool..tetapi keadaan telah mengambil kesempatan ke atas diriku..Ia menjadikan aku nampak tidak yakin semasa bercakap.Maybe korang tak faham tapi xpala sebab aku dah tahu puncanya. Tapi bila aku buat macam tu, cakap macam tak serius, orang akan nampak main2 bila interview.Patutla bila aku interview convex ari tu, aku macam selesa dan siap gelak2 lagi.Tapi time tu aku rasa aku ponya debaran aku hilang dan aku rasa sangat selesa menyebabkan aku hilang fokus and xserius..Thanks a lot. Doakan saya ek korang semua.Maybe doa korang akan lebih afdal lagi..amin. Aku akan mengubahnya.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Wednesday, July 22, 2009 0 comments
Perginya Bulan Allah...Datangnya Bulan Rasulullah
Ahamdulillah hari ini 22 julai iaitu bersamaan 29 rejab iaitu hari terakhir di bulan Allah. Maybe ramai yang telah memanfaatkan hari-hari di bulan Allah ni dengan beramal untuk menambahkan pahala disamping lebih mendekatkan diri kepada Allah.Kepada sesiapa yang xsempat nak puasa xpa coz sok adalah adalah 1 syaaban iaitu bulan Rasulullah.Kitaboleh berpuasa gak bulan nabi kita sebab bulan umat islam pon akan menjelang xlama lagi.Maybe dengan berpuasa di bulan-bulan mulia sebegini boleh melatih kita agar dapat mengawal nafsu dan menjadikan badan kita bertambah sihat.Sebenarnya bagi imiey la..berpuasa ni memanglah lapar tapi sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan nafsu makan kita dan dapat latih diri kita agar makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Selain itu kita juga dapat membuang lemak2 yang berlebihan dan lebih menyihatkan badan kita. Tapi korang janganla posa tuk kurus...niat dah terpesong tu. Niat kita mestilah kerana Allah.Kepada sesiapa yang masih tidak menghargai dan membiarkan ia berlalu begitu sahaja adalah orang yang sangat3 rugi..lau korang nak tahu. Terutamanya mereka yang membiarkan rejab singgah tanpa dilayan..sedangkan itu adalah bulan Pencipta Kita..So now we still got the time right..mailah kita pakat ramai2 meraikan bulan Rasulullah lak.Jangan biarkan ia singgah tanpa dimanfaat seperti bulan Allah. Jangan ulangi kesilapan lalu sebab kita tak tahu adakah kita masih berpeluang menikmati bulan Allah nanti..ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Wednesday, July 22, 2009 0 comments
Sunday, July 19, 2009
Betapa hinanyer..
Hari ni aku kena cat lab..huh penat giler.Projek xstart2 lagi..but its fine coz we still got the time..yeah! Ari ni aku terkejut ckit sebab rumit aku bangun subuh awal dari aku about 6.14 am..alhamdulillah.Aku kuar kul 9 tadi dan balik kul 5 ptg...penat!penat!..Nak marah pon ada gak kat doktor Amat..lab punya sepah giler.Kawan aku Nabila sampai nak drop projek..Tapi ada hikmah di sebaliknya.Insyaallah kitaorang dapat A projek ni..hehe berbaloi la gak kemas n cat lab ni..amin.Actually aku tergaman dengan berita hari ni kat metro..ada lelaki yang sanggup jadi "pak sanggup " dengan mengadaikan maruah semata-mata untuk wang.Macam-macam hal berlaku kat dunia ni saban hari.Yang semalam pasal restoran berahi yang pelayan dia pakai coli ngan seluar dalam jer..Nanti ada restoran yang pelayan dia bogel terus kan bagus..xpayah susah2 basuh baju xberbaloi pakai dua helai jer kan..Malu dah hilang dalam diri manusia hari ni..Diaorang dah xmalu ngan sapa2 dah termasuk Allah.Kalau Allah nak turun bala, jap jer.Tapi Allah itu still sayang kat hamba2 dia..still bagi peluang menebus dosa. Kita yang xmenghargainya..sampai bila semua ni akan berakhir?? Berbalik dengan kisah si lelaki tadi yang sanggup jadi "suami segera" sebenarnya apa yang diorang dapat selain duit yang banyak.lau kita tengok kelebihan dia satu jer duit tetapi keburukan dia berjuta..Nak kata dapat isteri, bukan yang ori dah..dapat yang sisa apa kelas? Aku tergaman dengan ayat terakhir dia iaitu kalau ada peluang, dia nak jadi pak sanggup lagi..huh. Semoga dibukakan pintu taubat buatnya...amin. Yang pasal restoran tadi semoga Allah bukakan pintu petunjuk buat hamba2 nya yang dah xda perasaan dah..ibarat mayat yang berjalan..amin
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, July 19, 2009 0 comments
Thursday, July 16, 2009
Interview!! Kenapa mesti laluinya!!
Aku sangat3 takut dengar perkataan tu kalau korang nak tau.Tambahan lagi aku nak keje lepas ni.Aku kene prepared myself for this word..huh.Kat universiti ni, lau da program yang memerlukan interview,aku kurang sikit bagi galakan..ntah aku pon xtau kenapa.Bodoh pon ada gak aku rasa sebab masa ni la aku nak latih diri aku.Sebenarnya aku fobia masa interview cikgu dulu..bukan rezeki aku nak jadi cikgu kot.Sesekali aku fikir kesian mak aku.Dia nak sangat aku jadi cikgu..aku pon ada la gak cikit2 minat..tapi last step aku tewas..aku ingat dah buat yang terbaik.Maybe bagi aku jer yang terbaik but for them im not the best one.Maybe im not quite fluently speaking in english or maybe im not good in perfomance or anything factors. At once, im always thinking that im so weak and not enough confident to face this word. Tahun lepas, aku dapat interview ppms (pembimbing pelajar minggu suaikenal).Aku semangat masa interview..but at last im lost again.Kadang2 aku rasa macam disumpah..tapi aku kene pikir positif..problemnya dari aku sendiri..aku yang tak berani nak solve benda2 ni..or maybe aku takda rezeki lagi. Tapi yang aku heran masa diinterview, macam aku dapat jer. Maybe aku punya pendapat xmemuaskan hati diorang atau sebab2 macam aku state kat atas.Aku nak nangis pon ada sebab tu pon last step.Orang len yang apply pon ada yang tak dapat tapi aku takut pengakhiran hidup aku pon macam ni..lost at the last step. Aku kene tingkatkan keyakinan diri aku..atasi darah-darah gemuruh aku..debaran aku.Aku suka libatkan diri dengan program2 anjuran universiti sebab aku nak tingkatkan soft skill aku.Aku nak sangat duduk kat depan, cakap dengan berani,berkeyakinan dan berhemah apabila berbicara.Itulah impian aku selama berada di university.Lau boleh aku nak join semua benda yang melibatkan interview.Aku nak membiasakan diri aku bercakap dengan yakin dan betul. Terbaru aku pergi interview untuk convex.Aku memang bodoh, xreti bercakap,xserius, apa lagi..tu yang aku xdapat tu..Imiey you can do it,learn from your mistakes.Aku selalu nasihat diri aku.Come on maybe xda rezeki aku..Bila aku nak improve all these thing if not now!!Tapi aku dah buat yang terbaik.Aku sedih dengan diri aku sendiri..macam aku ni xberguna langsung.Tapi aku akan berusaha,berusaha,berusaha dan terus berusaha untuk tingkatkan prestasi aku.Semoga dipermudahkan-Nya.Aku berharap sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya..Amin ya rabbal alamin.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Thursday, July 16, 2009 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
