
KEKASIHKU
Nak share tentang KEKASIH aku?(aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA……..)
Penyayang sifatnya….betul ni,tak tipu punya!
Pure cintalah nak dikategorikan tu….apa taknya,masa aku susah,mintak tolong sajalah pada DIA,sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati,boleh terus mengadu kat DIA,direct…yang bestnya tu bila aku dah ngadu kat DIA,terasa peace je,for surelah,KEKASIHkan?
Ish beruntung betul dapat KEKASIH macam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku…...bila-bila masa aje aku boleh contact DIA…yang seronok tu,sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni….ye la cinta punya pasal kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA.,tapi rugilah aku.sebab kalau aku ingat & contact je DIA,sure macam-macam la aku dapat.
Tak kira material ke….spiritual ke…erm KEKASIH sejati lah tu!
Bila aku rasa rindu kat DIA baca je surat-surat yang DIA bagi tu.
Macam-macam nasihat ada kat dalam tu;siap bagi example lagi suruh aku faham .sebelum ni,aku pernah frust.memang sedih giler la masa tu.yela cinta bagai nak rak,tiba-tiba clash gitu je..
Tapi,KEKASIH aku yang ni lain..DIA tak kisah pun dengan cinta aku frust tu..siap bagi semangat lagi.DIA tak jeles pun.Cuma aku je yang jeles ngan DIA..memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA…..So aku pun kenalah usaha betul-betul…
Kata orang putih,what u give,u get back…so kalau aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la,kan?
KEKASIH aku ni baik sangat-sangat…...perfect…tu yang kdg-2 aku tgh2 mlm…arca pukul 3-4 pagi pun,kalau aku terjaga pun,aku sure akan contact DIA,rindulah!!
Sebenarnya kekasih aku ni kaya…millioner,billioner…dan ntah apa-apa naire lagi..tu yang pemurah sangat2…semua keperluan hidup aku DIA yang support…….caya x?free of charge..tapi aku tak sedap hati la…mestilah kena hargai apa yang DIA bagi 2 kan?mak aku kata,kalau orang dah bagi,suka ke tak suka amik je la…pas2 pandai2 la balas budi..2 la yang buat aku sanggup korbankan apa saja..cheewah!!
DIA suruh aku belajar bersungguh2..kalau boleh belajar semua ilmu,…sebab KEKASIH aku ni memang cerdik+pandai+genius etc……
DIA kata,tanpa ilmu,setiap amal yang aku buat sia2..DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar….
Malu sebenarnya aku nak cakap ni….emmmm sebenarnya aku tak pernah jumpa DIA lagipun.belum bersedia lagi,tapi KEKASIH aku ni dah janji,suatu hari nanti mesti jumpa..sekarang ni tengah menghitung hari la aku ni..tapi kecut perut gak!takut!aku mesti prepare awal-awal
Daripada surat2 DIA yang ada 2,aku tahu la apa yang DIA suka,apa yang DIA tak suka..mesti la aku nak buat apa yang DIA suka,so that DIA tambah2 sayang la kat aku,kan?Tak pe la berkorban sekarang,sebab DIA dah janji,sapa2 yang DIA sayang,DIA bagi hadiah yang special yang aku tak pernah terfikir pun!!ish!rindu sangat dah ni!!!!!!!
KEKASIHKU……AKU BERJANJI AKAN KU PERTAHANKAN CINTA SUCI INI..WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI TIDAK SAMA SEKALI.WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA,AKU TETAP BAHAGIA……..
ITULAH KEKASIHKU……..ALLAH S.W.T…..CINTA TERAGUNGKU…..
SUMBER:KMPK
Sunday, May 17, 2009
Kekasihku.....
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Try 2 pikir.....
-Hairan ya.. Betapa mudahnya orang mengabaikan ALLAH... Dan mereka terheran heran bagaimana dunia menjadi hancur.
-Mengapa ya.. Kita percaya dengan adanya Al-quran.. tapi mempersoalkan yang tertulis di dalamnya?
-Anehnya... bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi mereka tidak mempercayai, berfikir, berkata, atau melakukan apapun yang tercantum di quran?
-Pelik ya bagaimana orang bisa berkata Aku percaya Kepada ALLAH..tapi masih mengikuti syaitan (..yang juga percaya kepada ALLAH)?
-Lucu ya.. Kita bisa mengirim ribuan "joke" melalui e-mail dan mereka menyebar seperti api. Tapi ketika kamu mulai mengirim pesan tentang ALLAH, orang akan berfikir 2 kali untuk menyebarkannya.
-Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita, serta merta kita datang tuk penuhi panggilannya... Tapi ketika ALLAH memanggil kita (lewat adzan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang Aneh kan?
-Aneh ya, bagaimana orang begitu beramai- ramai setiap hari Jumaat mengingat ALLAH...tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya.
-Heran ya..bagaimana ketika anda meneruskan pesan ini, anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam daftar alamat anda karena anda tidak begitu yakin apa agama mereka, atau apa yang mereka akan fikirkan tentang anda atas kiriman anda kepada mereka.
-Heran ya bagaimana kita bisa lebih bimbang akan apa yang orang pikirkan tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan tentang kita
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Wanita..........renungkanlah

"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :
a) Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
b)Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
c)Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
d)Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
e)Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Tudung dan akidah muslim

Ada yang berkata iman di hati, tiada kaitan dengan amalan. Maka popular ayat-ayat ini "Kami pakai seksi, tapi hati kami baik", "Allah nilai taqwa kita, bukan pakaian kita." Dan banyak lagi.
Tahukah kita bahawa ideologi ini adalah satu kesinambungan ideologi lama dahulu. Apa nama ideologi itu. Namanya Murjiah. Tak mengapa, posting kali ini bukan mahu berbicara tentang ideologi Murjiah. Posting kali ini ingin bercerita tentang tudung. Ya, tudung wanita untuk menutup aurat, bukan tudung untuk saji mahupun tudung periuk.
Baik! Saya menyatakan bahawa tudung adalah salah satu nilai aqidah kita. Jangan ada yang cuba mahu loyar buruk di sini berkata bahawa kalau pakai tudung, tapi baju sendat, singkat nampak pusat. Saya bercerita tentang tudung muslimah ya, lagipun normalnya orang Islam Melayu kalau nak tutup aurat mesti pakai tudung. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat, tapi normalnya di Malaysia kalau nak tutup aurat mesti pakai tudung. Mesti difahami hal ini.
Kita orang Islam, bercerita tentang agama mestilah dengan sumber wahyu. Maka saya mahu bercerita apa yang al-Quran cerita.
Al-kisah di zaman dahulu kala, ketika Rasulullah SAW masih hidup di muka bumi ini, dan para sahabat dan sahabiah (sahabat-sahabat nabi yang perempuan) masih hidup bertebaran di muka bumi, maka turunlah satu ayat al-Quran. Ayat apa itu?
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur:31)
Inilah di ayatnya. Mari kita lihat bagaimana reaksi-reaksi wanita di zaman itu.
Saidatina Aisyah RA menceritakan: Tatkala turun ayat "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". maka mereka segera merobek-robek kain-kain mereka dan bertudung dengannya. (Shahih al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, Bab Tafsir Surah an-Nur).
Perempuan-perempuan zaman Rasulullah SAW dengan penuh kekuatan dan ketaatan lantas mengoyak-ngoyak kain yang ada untuk dijadikan penutup aurat mereka.
Saya hanya mahu menyatakan tudung itu adalah lambang akidah.
Kenapa? Kerana tudung inilah salah satu hal yang membezakan kita dengan orang kafir.
Apa buktinya? Lihatlah apa yang terjadi di Turki. Si kafir pembela-pembela aliran Sekular mengharamkan pemakaian tudung. Apakah kita fikir mereka akan mengharamkan pemakaian tudung sekiranya tudung ini tiada nilai di dalam Islam. Isunya bukanlah kerana kain itu bernama tudung, isunya kerana pemakaian tudung itulah salah satu lambang akidah Islam. Maka untuk memadamkan cahaya akidah Islam daripada terzahir ke mata manusia, salah satu langkahnya ialah mengharamkan pemakaian tudung.
Lihat, bukankah itu menunjukkan bahawa si kafir bedebah itu turut faham bahawa tudung itu ada nilai akidah.
Sekiranya tudung itu tiada nilai di dalam Islam, nescaya si kafir itu tidak akan mengharamkan pemakaiannya. Bahkan mungkin si kafir itu akan menjadikan ia sebagai satu fesyen yang popular. Tapi kerana ia ada nilai akidah, si kafir tidak mahu menerimanya. Nampaknya si kafir ini amat memahami ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".
Itulah nilai tudung. Tapi nilai itu seakan hilang di bumi Malaysia tercinta ini. Kerana apa? Kerana nilai akidah pada tudung itu tidak dapat dilihat. Nilai akidah pada tudung mungkin hanya dapat dilihat apabila ia diharamkan oleh pihak-pihak kafir. Adakah kita mahu menunggu sehingga ia diharamkan di dalam negara kita, baru kita mahu memahami ia ada nilai akidah.
Mungkin, sudah tiba masanya pelajar-pelajar sekolah ditanamkan kefahaman bahawa menutup aurat itu adalah satu nilai akidah. Bukan hanya isu feqh dan hukum sahaja. Ia adalah nilai aqidah, kerana itu si kafir memusuhi sehelai kain bernama tudung itu.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Pemilik Cinta....

Sekiranya,
Kita cinta pada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya Cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campaklah kedalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
telah ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Aku Bimbang....
Aku bimbang...sangat bimbang.
Bagaimanakah kalau besok, aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak yang belum terqada'
ingin membayar puasa yang tertinggal, masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak
Finance keretaku masih belum lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku maih banyak terbengkalai,
Aku bimbang...sangat bimbang,
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam berzakh oleh munkar dan nankir
dengan senyuman bermanis wajah
Atau.........
Apakah aku akan dibelasah
oleh samseng-samseng alam berzakh?
Apakah aku dapat menahan sakit?Bila ular kubur datang menggigit
kerana sembahyangku yang amat sedikit
Aku bimbang......sangat bimbang...
Maghrib masuk, ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan TV menonton Sinchan
Ayah bertasbih, bertahmid, berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit-jerit marahkan watak Sinchan
Ayah menggunakan masa mencari keredhaan Allah
Tetapi aku masih berpoya-poya seperti syaitan.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku...........setelah dunia kutinggalkan?
Aku bimbang...very bimbang..imanku masih terumbang2
Ketika aku di dalam kubur.....adakah orang yang akan mendoakan?
Siapakah yang akan menyedekahkan bacaan Yasin Dan surah2 dari Al-Quran
Buat meredakan seksa kubur yang datang tanpa belas kasihan
Nasibku di bawah tanah.........adakah sesiapa yang mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan......hilanglah aku dari kenangan
Jadi.....kenapa aku kurang menyiapkan bekalan
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome
Aku bimbang....sangat bimbang....amal ibadahku sangat berkurang!
Taubatlah engkau dari sekarang......
Qada'lah sembahyangmu, bayarlah puasamu yang ditinggalkan.....
Berhentilah menjadi sahabat syaitan....
Agar hidupmu mendapat keredhaan-Nya....
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Sunday, May 17, 2009 0 comments
Saturday, May 16, 2009
Doa Seorang Sahabat
Sebuah kapal karam diterjang badai hebat.Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang.Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa kepada Allah. Untuk mengetahui doa siapa yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah yang berlainan dan mereka tinggal berasingan. Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan.Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon yang penuh dengan buah-buahan disisi tempat tinggalnya.Sedangkan daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.Semingggu kemudian, lelaki yang pertama merasa kesepian dan memohon diberikan seorang isteri. Esoknya, sebuah kapal karam dan dan satu-satunya penumpang yang terselamat adalah seorang wanita yang terdampar disisi tempat lelaki yang pertama tinggal. Sedangkan disisi tempat lelaki yang kedua tinggal tetap tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokkan harinya, bagaikan seperti keajaiban, semuanya hadir untuknya. Sedangkan lelaki kedua tetap tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya lelaki pertama ini berdoa meminta kapal untuk pulang bersama isterinya. Pada siang hari, mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi tempat tinggal mereka. Dia memutuskan untuk meninggalkan lelaki yang kedua disisi lain pulau itu. Dia merasakan bahawa lelaki kedua tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah terkabulkan. Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, 'Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yag berada disisi pulau ini? 'Berkatku hanya milikku, hanya kerana doaku yang dikabulkan,'jawab lelaki pertama. 'Doa temanku tidak satupun dikabulkan, maka ia tidak pantas mendapatkan apa-apa."Kau salah!' suara itu bertempik. ' Tahukah kamu rakanmu itu hanya mempunyai satu doa dan semua doanya terkabulkan.Jika tidak, mungkin kamu tidak akan medapatkan apa-apa.'' Lelaki pertama bertanya," Doa apakah yang dipanjatkan sehinggga aku berhutang semua ini padanya?" Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan."
Kesombongan macam manakah yang membuatkan kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang banyak mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita.Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain dan janganlah menilai sesuatu dari "yang terlihat" sahaja.
Sama-samalah kita semua renungkan.....
Posted by Raja Norimie Raja Sulaiman at Saturday, May 16, 2009 0 comments
